fbpx

Sarawak belajar urus populasi buaya dari Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUCHING – Sarawak sedang menghantar delegasi ke Australia untuk mengkaji serta mempelajari cara pengurusan populasi buaya di negara berkenaan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia agar cara pengendalian populasi buaya yang semakin bertambah di negeri ini tidak bercanggah dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang beranggapan bahawa buaya merupakan spesies yang semakin berkurang (terancam).

“Justeru, kita ingin tahu bagaimana Australia menguruskan populasi buaya.

“Sekiranya mereka memusnahkan (membunuh) haiwan itu, bagaimana mereka laksanakannya kerana buaya di bawah PBB merupakan spesies yang terancam, jadi kita kena jaga haiwan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kongres Herpetologi Sedunia 10 (WCH10) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI