RUMAH tangga pasangan selebriti Ben Affleck dan Jennifer Lopez atau J.Lo dilaporkan bakal menemui titik noktah.
Menurut sumber, J.Lo telah memfailkan perceraian selepas mereka menjual kediaman di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat pada harga AS$68 juta (RM306 juta).
Berita perceraian itu dikukuhkan lagi dengan tindakan Affleck yang tidak muncul sewaktu meraikan ulang tahun kelahiran J.Lo pada 24 Julai lalu.
“Affleck berada di Los Angeles, manakala J.Lo pula meraikan hari jadi di New York. Kelibat Affleck langsung tidak kelihatan.
“Mana mungkin seorang suami dengan sengaja tidak meraikan hari jadi isterinya,” kata sumber.
Perkara tersebut lantas mematikan harapan peminat yang ingin pasangan itu berbaik kerana mereka berdua dianggap teman sejiwa. – KOSMO! ONLINE