fbpx

Rakyat Malaysia bersatu hati sokong kemerdekaan Palestin – Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam tadi disertai kira-kira 15,000 peserta.

PETALING JAYA – Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam tadi bukti rakyat Malaysia bersatu hati dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai kemerdekaan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau yakin dalam tempoh terdekat umat Islam akan dapat kembali bersolat di Masjid Al-Aqsa secara bebas dan merdeka.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada ribuan rakyat Malaysia yang berpakaian serba putih hadir memenuhi Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.

“Himpunan Pembebasan Palestin sebagai tanda solidariti dan protes terhadap kekejaman rejim Zionis,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Himpunan Pembebasan Palestin yang turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dianggarkan dihadiri kira-kira 15,000 peserta.

Ia memberi isyarat jelas kepada bahawa Malaysia kekal berada di belakang Palestin dalam menuntut kemerdekaan daripada rejim Zionis Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI