fbpx

PM Britain kutuk rusuhan ganas di seluruh negara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan kumpulan berhaluan kanan menyerang anggota polis di Manchester pada 3 Julai lalu. - Getty Images

LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengutuk keganasan kumpulan-kumpulan samseng berhaluan kanan di seluruh negara susulan insiden serangan pisau yang mengorbankan tiga kanak-kanak perempuan awal minggu lalu, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

“Saya berjanji anda akan menyesal menyertai protes ganas, sama ada secara langsung atau menyebarkannya di internet,” kata Starmer dalam ucapan yang disiarkan di kaca televisyen. 

Sebelum ini, tiga kanak-kanak perempuan maut dalam kejadian amukan pisau di kelas tarian bertemakan penyanyi terkenal, Taylor Swift di Southport pada Isnin lalu. 

Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan dan didakwa melakukan pembunuhan itu oleh Mahkamah Mahkota Liverpool.

Rusuhan yang merebak di Britain kata Starmer, adalah didorong maklumat palsu yang tersebar secara online mengenai kewarganegaraan dan agama remaja berkenaan. Maklumat tidak benar itu menghasut kebencian terhadap umat Islam dan penduduk imigran yang membawa kepada pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan polis.

Ketua Majlis Ketua Polis Negara bagi ketenteraman awam, BJ Harrington berkata, sebanyak 147 tangkapan telah dibuat berkaitan keganasan sejak malam kelmarin dan jumlah itu dijangka meningkat.

“Maklumat palsu adalah punca utama keganasan dan ramai menyertai  protes ini kerana percaya tentang apa yang mereka baca di platform media sosial,” kata Harrington.

Rusuhan ganas berlaku di bandar utama seperti London, Manchester, Liverpool, Bristol, Leeds, Nottingham, Sunderland dan Belfast.

Sementara itu, Starmer menyatakan bahawa serangan ke atas hotel di Rotherham yang dipercayai menempatkan pencari suaka adalah langsung ‘tidak boleh diterima’. 

Beliau menyifatkan rusuhan itu sebagai ‘keganasan pelampau berhaluan kanan’ dan menggesa syarikat-syarikat media utama memerangi maklumat salah atau palsu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI