fbpx

‘Peti ais, perabot habis rosak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABSAH (kanan) dan menantunya, Noramieza ketika ditemui di PPS Dewan Kampung Pauh, Behrang Stesen, Behrang, Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM – Rata-rata mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Pauh, Behrang Stesen, Behrang di sini menerima kejadian itu sebagai ketentuan takdir.

Menurut Absah Mian, 73, semuanya berlaku dengan pantas dan tidak banyak boleh dilakukannya dengan umurnya sebegitu.

“Tidak pernah hujan berterusan seperti semalam selama lima jam. Saya hanya duduk dengan menantu, Noramieza Husaini.

“Kudrat perempuan, jadi kita selamatkan apa yang boleh. Barangan rosak lain seperti peti ais, dapur dan perabot seperti almari dan kerusi perlu diganti kelak,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Gengadevi Y Batumalai, 54, yang menetap di Kampung Behrang Stesen berkata, tidak pernah berlaku hujan lebat sebegitu sepanjang lebih 30 tahun menetap di kampung itu.

“Situasi berlaku dengan pantas, saya dan keluarga hanya sempat menyelamatkan barangan yang penting sahaja.

“Jumlah kerugian saya tidak tahu, apabila dibenarkan pulang nanti baru dapat tahu setelah melihat kerosakan yang dialami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI