fbpx

Perhimpunan bulanan terakhir di JPM, kontrak Mohd. Zuki berakhir Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZUKI

PUTRAJAYA – Kontrak Tan Sri Mohd. Zuki Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang sebelum ini berkhidmat selama dua tahun dalam kerajaan akan berakhir Sabtu ini.

Bayangan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menyifatkan Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dihadiri Mohd. Zuki sebagai yang terakhir.

“Kebetulan perhimpunan ini ialah perhimpunan terakhir beliau sebagai KSN, saya mahu ambil kesempatan untuk nyatakan penghargaan dan rasa terhutang budi.

“Beliau walaupun mempunyai pengalaman dengan Perdana Menteri sebelum ini, tetapi menjalankan khidmat dengan profesional. Hari pertama (sebagai PM), nasihat dan pandangan beliau itu secara konsisten, iaitu (berikan) yang terbaik untuk perkhidmatan dan negara,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Mohd. Zuki yang memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara pada 31 Disember 2019 akan tamat perkhidmatan secara kontrak pada 10 Ogos ini.

Beliau dilantik semula kepada jawatan tersebut secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 11 Ogos 2022.

Mohd. Zuki berkerja di bawah empat Perdana Menteri iaituTun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketujuh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Anwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI