fbpx

Olimpik Paris: Status raja pecut milik Lyles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LYLES menang dengan catatan masa yang agak tipis apabila dicabar sengit oleh Thompson. - AFP

PARIS – Juara dunia enam kali, Noah Lyles menamatkan penantian selama 20 tahun Amerika Syarikat (AS) apabila meraih pingat emas dalam acara 100 meter (m) pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Pada aksi final yang berlangsung di Stade de France awal pagi semalam, atlet berusia 27 tahun itu mencatat 9.784 saat (s) menewaskan pelari Jamaica, Kishane Thompson (9.789s) dengan perak, manakala gangsa menjadi milik rakan sepasukan Lyles, Fred Kerley (9.81s).

Pertarungan itu dianggap paling sengit dalam sejarah Sukan Olimpik moden memandangkan Lyles dan Thompson dilihat seperti menamatkan larian dengan catatan masa hampir sama.

Sementara itu, Lyles turut mengakui ragu pada awalnya bahawa dia merupakan pemenangan pingat emas kerana menganggap Thompson terlebih dahulu melepasi garisan penamat dan mengucapkan tahniah kepadanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI