fbpx

Olimpik Paris: Pearly-Thinaah terkesan gagal ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REXY (tengah) mengakui bangga dengan semangat dipamerkan beregu wanita negara biarpun impian meraih pingat gangsa lebur. - FB NICOL DAVID

KEKALAHAN kepada pasangan No. 1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan di separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Jumaat lalu masih memberi kesan kepada beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah pada aksi penentuan pingat gangsa kelmarin.

Perkara itu diakui Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang dapat membaca bahasa badan anak-anak buahnya ketika tewas kepada Nami Matsuyama-Chiharu Shida, sekali gus terlepas peluang membawa pulang gangsa.

Beliau berkata, meskipun perkara itu tidak disuarakan kedua-dua pemain tersebut, namun kekalahan di separuh akhir masih menghantui mereka sehingga tidak dapat mengeluarkan permainan sebenar ketika berdepan Matsuyama-Shida.

“Pada aksi perebutan pingat gangsa ini, boleh dikatakan aksi mereka tidak menjadi jika dibandingkan dengan perlawanan-perlawanan terdahulu. Smash yang dilakukan Thinaah serta pukulan Pearly kurang menjadi.

“Bukan nak cakap mereka ‘down’, tetapi sebagai manusia mungkin ada terfikir kalau menang semalam (Jumaat lalu), mungkin begitu dan begini. Mereka tidak berkata seperti itu, tetapi ia boleh dilihat masih ada dalam fikiran,” katanya.

Pada aksi penentuan pingat gangsa itu, Pearly-Thinaah dilihat sukar untuk mengeluarkan permainan sebenar mereka sehingga tewas mudah 11-21, 11-21 kepada Matsuyama-Shida dalam tempoh 44 minit.

Dalam pada itu, Rexy juga memuji beregu No. 12 dunia berkenaan berjaya menepis tanggapan awal bahawa mereka tidak mampu melangkah jauh memandangkan diundi saingan Kumpulan A yang dianggap sebagai kumpulan maut.

“Saya boleh katakan sangat bangga dengan prestasi mereka kerana sudah berjaya buktikan kepada orang ramai bahawa mereka mampu galas tanggungjawab untuk pergi jauh. Sebelum ini, orang ragu dengan kemampuan mereka.

“Pearly-Thinaah memberikan tentangan sengit ketika bertemu pasangan China (Qing Chen-Yi Fan) selain mengejutkan beregu Korea Selatan (Kim So Yeong-Kong Hee Yong) di suku akhir dengan kemenangan mudah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI