fbpx

Olimpik Paris: Alfred ‘ratu pecut’ baharu Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALFRED (dua dari kiri) berjaya memecahkan penguasaan AS dan Jamaica dalam acara 100m untuk meraih pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Paris. - AFP

PARIS – Pelari pecut Saint Lucia, Julien Alfred melakar sejarah tersendiri apabila menyumbang pingat Olimpik pertama negara itu selepas meraih emas dalam acara 100 meter (m) wanita di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pada aksi final yang berlangsung di Stade de France awal pagi semalam, atlet berusia 23 tahun itu menampilkan larian bertenaga bagi mencatat 10.72 saat (s) menewaskan dua pelari Amerika Syarikat (AS), Sha’carri Richardson dan Melissa Jefferson.

Menerusi pencapaian penuh bersejarah itu, Alfred menyuarakan harapan supaya pingat emas yang diraih menjadi pemangkin untuk kerajaan Saint Lucia memulakan langkah bagi membangunkan sukan di negara tersebut.

“Kemenangan ini sangat bermakna bukan sahaja kepada diri sendiri, malah jurulatih dan negara juga. Saya percaya seluruh negara sedang meraikan kejayaan yang penuh bersejarah buat Saint Lucia ini.

“Kami tidak ada banyak kemudahan. Saya harap dengan pingat emas yang dimenangi akan membantu kerajaan Saint Lucia untuk membina stadium baharu bagi memastikan sukan dalam negara terus berkembang,” katanya.

Dalam pada itu, dia yang menjadikan legenda Jamaica, Usain Bolt sebagai inspirasi turut mendedikasikan kemenangan tersebut kepada mendiang bapanya yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

“Beliau sentiasa menaruh sepenuh kepercayaan kepada saya sebelum meninggal dunia pada 2013. Beliau percaya saya mampu menjadi seorang Olimpian, namun sekarang beliau tidak dapat melihat kejayaan ini,” ujar Alfred. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI