fbpx

‘Muhamad Firdaus nak berhenti kerja kapal, mahu kerja kampung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikmal Azam Thanaraj (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga Allahyarham Muhamad Firdaus di kediamannya di Kampung Parit Jay, Matang Jelutong di Bagan Serai hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

BAGAN SERAI – “Muhamad Firdaus beritahu saya yang dia hendak berhenti kerja kapal selepas pelayaran ini dan mahu kerja kampung”.

Demikian kata Shahrezza Mohd. Yusoff, 37, yang menceritakan semula keinginan sahabatnya, Allahyarham Muhamad Firdaus Abdull Fatah, 36, mangsa korban letupan kapal di perairan Samalaju dekat Bintulu pada Jumaat lalu.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka apa yang diluahkan rakannya itu menjadi petanda yang Allahyarham akan terkorban dalam kejadian berkenaan.

“Saya sama sekali tidak menyangka keinginannya itu rupanya tanda dia pergi untuk selamanya.

“Sebagai sahabat, memang saya agak terkejut apabila menerima berita tentang kejadian yang menimpa dirinya,” katanya kepada pemberita di Parit Jay di sini hari ini.

Menurut Shahrezza, kali terakhir dia bertemu dengan mangsa adalah pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), Ikmal Azam Thanaraj Abdullah mahukan majikan membuat bayaran penuh kepada waris Allahyarham.

Menurutnya, pihak kesatuan akan sentiasa memantau dan berhubung dengan ahli keluarga mengenai bayaran pampasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI