fbpx

Macam filem aksi, polis berpaut atas kereta sejauh 500 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis berpaut pada hadapan kereta tersebut. - Instagram

JAKARTA – Seorang pemandu kereta nekad merempuh anggota polis bagi melarikan diri daripada sekatan jalan raya sebelum mangsa terpaksa berpaut pada bahagian hadapan kenderaan yang dipandu laju, lapor laman berita Detik kelmarin.

Kejadian berlaku di Kudus, wilayah Jawa Tengah.

Berdasarkan sebuah video tular, pemandu kereta Toyota Cayla berwarna merah itu merempuh sekatan jalan raya dan menyebabkan seorang anggota polis berpaut di bahagian bonet.

Pemandunya kemudian meneruskan perjalanan sejauh 500 meter sebelum dia memberhentikan seketika kenderaannya.

Polis tersebut turun dari kereta itu lalu ia dipandu laju.

Sebuah kereta lain mengejar kenderaan tersebut sebelum ia dihentikan di sekitar Lingkar Jetak Kudus.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kudus, Komisioner Polis Satya Adi Nugraha mengesahkan kejadian itu dengan berkata, insiden berlaku ketika polis sedang bersiap sedia untuk memulakan sekatan jalan raya.

Anggotanya mengesyaki kereta berwarna merah itu menggunakan nombor plat palsu.

“Anggota kami sedang bersiap sedia namun kemudian, sebuah kereta disyaki mempunyai nombor plat palsu. Polis kemudian cuba menghalangnya,” kata Satya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI