fbpx

Kurang kelas, kewangan punca murid tidak sertai KAFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEREMBAN – Kekurangan kelas yang sesuai dan kekangan kewangan keluarga dikenal pasti sebagai punca utama murid Islam di negeri ini tidak mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, masalah itu berlaku di seluruh negeri ini terutamanya di bandar Seremban.

Katanya, berdasarkan data terkini daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPNNS), jumlah murid Islam yang tidak mengikuti KAFA di negeri ini adalah seramai 9,402 orang.

“Antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada masalah itu ialah ketiadaan guru dan tempat.

“Selain itu, kekangan kewangan keluarga untuk menghantar anak ke kelas KAFA berikutan jarak yang jauh antara rumah dan sekolah sekali gus melibatkan penambahan kos pengangkutan,” katanya menjawab pertanyaan Mohd. Fairuz Mohd. Isa (PN-Serting) pada persidangan kedua penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Aminuddin berkata, seramai 2,130 orang dilantik sebagai guru KAFA berdasarkan kuota terkini yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Secara umumnya terdapat 321 premis KAFA yang berdaftar di negeri ini dengan pecahan 214 Kelas Agama Petang (KAP) di premis Kementerian Pendidikan, Sekolah Agama Rakyat (SAR)(56 kelas) dan KAFA swasta (51 kelas),” ujarnya.

Tambahnya, jumlah murid di negeri ini adalah seramai 59,401 orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI