fbpx

Jay Jay selamat dikebumikan, ramai beri penghormatan terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Darus, 67, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Bandar Sunway, pukul 11.15 pagi tadi.– FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Jenazah penyanyi Allahyarham Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, 67, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Bandar Sunway, pukul 11.15 pagi tadi.

Pengebumian itu berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan peminat yang datang memberikan penghormatan terakhir.

Antara selebriti yang menziarah ialah Datuk Hattan, Datuk Dj Dave, Datuk Nash dan Zamani.

Terdahulu, jenazah dimandi dan disolatkan di Masjid Al Husna Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson, Kota Damansara pada pukul 9.27 malam tadi.

Antara lagu nyanyian Jay Jay yang menjadi siulan sehingga ke hari ini termasuklah Angan Tak Sudah, Belaian Jiwa, Kini Baru Ku Sedar, Dendangan Laguku dan Bayangan Tarimu.

Sepanjang lebih empat dekad dalam industri muzik, bekas vokalis kumpulan Carefree itu turut dikenali sebagai penerbit, komposer dan pemain bes terbaik era 1990-an.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Zaitoon Wahid, 61, serta empat cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka sejak tahun 1982. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI