“DI setiap pengakhiran akan datang permulaan yang baharu.”
Itu reaksi penyanyi rap Cardi B yang disahkan hamil anak ketiga selepas sehari memfailkan perceraian terhadap suami, Offset.
Pasangan itu mula mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan dua orang anak.
Sebelum ini, Cardi B dan Offset telah membuat permohonan cerai kali pertama pada 2020. Namun, mereka kemudian membatalkannya.
Difahamkan punca perceraian itu disebabkan Cardi B yang sudah hilang sabar dengan sikap kaki perempuan Offset.
Bagaimanapun, Offset menafikan hal itu dan menyifatkan perkara tersebut sebagai khabar angin daripada mulut paparazzi. – KOSMO! ONLINE