fbpx

‘Gomen’ boleh semak kadar gaji baharu minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Penjawat awam boleh menyemak kadar baharu gaji bermula minggu depan susulan pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diumumkan kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Mohd. Shaiful Ibrahim berkata, perincian mengenai mekanisme pelarasan gaji itu akan diumumkan Perdana Menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 16 Ogos ini.

“Pada MAPPA 16 Ogos ini, kita sediakan perkhidmatan untuk kira berapa kenaikan gaji.

“Pada 1 Disember akan berlaku kenaikan gaji dan hujung bulan (Disember) penjawat awam akan terima kadar gaji yang baharu,” katanya dalam satu program bual bicara di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, SSPA terpakai kepada perkhidmatan awam Persekutuan dan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekeliling mengenainya.

“Bagi penjawat awam negeri serta Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan, jika mereka menerima SSPA ini, maka ia menerima pakai semua sama seperti penjawat awam Persekutuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI