fbpx

Golongan tercicir subsidi bersasar di N. Sembilan ditangani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan segera bagi menangani golongan yang tercicir daripada menikmati penjajaran semula subsidi oleh kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau akan meminta Setiausaha Kerajaan Negeri melaksanakan program turun padang untuk menemui mereka yang layak tetapi terlepas daripada memperoleh subsidi tersebut.

“Kerajaan negeri sedar mengenai masalah ini dan tindakan segera akan diambil bagi memastikan mereka yang layak sentiasa mendapat pembelaan daripada kerajaan.

“Saya berharap semua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat turun padang sebagai satu pasukan bagi menjayakan usaha ini,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) pada persidangan kedua penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Mohamad membangkitkan mengenai usaha kerajaan negeri bagi menangani masalah golongan yang tercicir daripada menikmati penjajaran semula subsidi oleh kerajaan Persekutuan.

Katanya, beliau mendapat maklum balas di peringkat akar umbi yang mengadu terlepas daripada mendapat subsidi tersebut.

“Mereka bukan golongan berpendapatan tinggi sebaliknya menggunakan kenderaan enjin diesel untuk kerja-kerja di luar bandar dengan pendapatan sederhana.

“Saya cadangkan supaya diwujudkan satu unit khas di setiap pusat khidmat DUN supaya golongan ini boleh mendapatkan penjelasan dan mendaftar untuk menikmati subsidi,” katanya. – KOSMO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI