fbpx

Gangsa kedua untuk Malaysia, Lee Zii Jia trending No.1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zii Jia berjaya menundukkan pemain India, Lakshya Sen dalam perlawanan penentuan pingat gangsa sebentar tadi.

PETALING JAYA – Selepas kemenangan pingat gangsa yang diraih pasangan beregu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di dalam sukan Olimpik Paris 2024 semalam, kejayaan itu terus dikekalkan oleh pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia hari ini.

Zii Jia berjaya menundukkan pemain India, Lakshya Sen 13-21, 21-16, 21-11 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa sebentar tadi.

Dalam pada itu, nama Zii Jia terus menggungguli carta ‘trending’ Malaysia pada kedudukan nombor pertama dengan lebih 28,000 ciapan di laman X.

Antara tanda pagar yang mendominasi carta adalah Lee Zii Jia, Badminton, CongratulationsLZJ serta Another Bronze For Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI