fbpx

FIB kenakan enam hukuman terhadap KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL City dikenakan enam hukuman selepas FIB selesai melakukan siasatan. MFL

PETALING JAYA – Nasib Kuala Lumpur City akhirnya terjawab apabila dikenakan enam hukuman selepas didapati melakukan deklarasi tidak tepat kepada First‬ Instance‬ Body‬ (FIB) semasa membuat permohonan lesen kelab.

Secara keseluruhan, KL City kini terpaksa menanggung denda RM100,000, pemotongan enam mata, pembatalan dan larangan memohon lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) serta sekatan perpindahan pemain sehingga hujung musim 2024/25.

Mengikut pecahan hukuman, tindakan terhadap lesen kebangsaan menyaksikan KL City dikenakan pemotongan enam mata, denda RM50,000 dan larangan perpindahan pemain sehingga hujung musim 2024-2025.

Berdasarkan lesen AFC, The City Boys tidak dibenarkan untuk‬ memohon‬ lesen‬ AFC‬ selama‬ dua‬ kitaran pelesenan kelab‬ MFL‬ (‬kitaran‬ 2024/2025‬ dan‬ 2025/2026‬), denda RM50,000 dan lesen‬ AFC‬ bagi‬ pasukan itu yang diluluskan oleh FIB untuk kitaran pelesenan kelab MFL 2023-2024 bagi‬ musim‬ AFC 2024‬-2025 dibatalkan.

Siasatan secara menyeluruh sudah pun dilakukan melalui sistem AFC‬ CLAS bagi‬ mengesahkan‬ segala‬ deklarasi‬ tunggakan‬ yang‬ menyatakan‬ bahawa‬ tiada‬ sebarang‬ tunggakan‬ sehingga‬ 30‬ Jun‬ 2023‬ untuk‬ Lesen‬ Kebangsaan‬ dan‬ 31‬ Disember‬ 2023‬ untuk‬ Lesen‬ AFC‬ dengan‬ lampiran‬ surat‬ sokongan‬ daripada‬ agensi‬ kerajaan‬ sebelum‬ penilaian‬ bagi‬ keputusan‬ berkenaan‬ pemberian‬ lesen.‬

Selain mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi kelab dan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), hasil semakan FIB juga mendapati dokumen yang diserahkan KL City berkenaan caruman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso mengandungi maklumat tidak tepat dan tidak benar.

Ini berdasarkan pengesahan daripada agensi-agensi kerajaan melalui e-mel kepada FIB di mana agensi-agensi berkenaan juga tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen yang diserahkan oleh KL City kepada FIB sebelum ini.

“Dengan‬ merujuk‬ kepada‬ sub-kriteria‬ F.04,‬ tunggakan‬ agensi‬ kerajaan setakat‬ 31 Disember 2023‬ perlu diselesaikan sebelum‬ 30 September 2024‬.

“Sekiranya‬ pihak‬ KL‬ City‬ FC‬ gagal‬ menyelesaikan‬ tunggakan‬ tersebut‬ secara‬ bayaran‬ penuh‬ pada‬ tarikh‬ akhir‬ yang‬ ditetapkan‬ oleh‬ pihak‬ FIB,‬ kegagalan ini akan dibawa ke pihak FIB dengan merujuk kepada artikel 2.4 “Licensing Sanctions” untuk tindakan dan hukuman selanjutnya,” jelas FIB menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, FIB‬ berharap‬ semua‬ kelab‬ Liga‬ Super‬ dapat mengambil‬ iktibar‬ daripada‬ isu‬ ini‬ supaya tidak mengambil mudah berkaitan maklumat deklarasi yang diserahkan kepada FIB kerana badan bebas itu boleh‬ melakukan‬ semakan semula dan‬ menarik‬ Lesen‬ Kebangsaan‬ atau‬ Lesen‬ AFC‬ sekiranya‬ didapati‬ bersalah‬ dengan‬ merujuk‬ kepada‬ Peraturan Pelesenan Kelab MFL.‬ – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI