fbpx

Everton mungkin terpaksa jual Branthwaite

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRANTHWAITE menjadi buruan beberapa pasukan termasuk Manchester United yang masih memburu khidmatnya. - AFP

LONDON – Everton mungkin tidak dapat mengekalkan khidmat pemain pertahanannya, Jarrad Branthwaite sebelum jendela perpindahan ditutup bagi mengelak berlaku isu aliran tunai kelab itu tahun depan.

Berdasarkan pandangan pakar kewangan, Stefan Borson, Everton mungkin berdepan masalah untuk menjual pemain itu sekiranya masih kekal dengan nilai yang diinginkan kerana dianggap terlalu tinggi.

Everton ketika ini yang dimiliki oleh Farhad Moshiri sedang mencari pemilik baharu ketika rundingan bersama The Friedkin Group dilaporkan sudah berakhir dan gagal menemui kata putus.

Perkembangan itu menjadikan masa depan Branthwaite sekali lagi menjadi perhatian biarpun The Toffees membuat keputusan menjual Amadou Onana dan Ben Godfrey untuk memastikan pemain pertahanan itu dapat dikekalkan.

Bagaimanapun, Borson percaya bahawa Everton bakal berdepan kesukaran dan perlu menjual Branthwaite sekiranya gagal mendapatkan pemilik baharu kelab itu yang mampu menyuntik lebih banyak dana.

“Apa yang menjadi kerisauan mereka ketika ini adalah mengenai aliran tunai. Mereka mungkin perlu menjual beberapa pemain untuk menjadikan struktur kewangan kelab menjadi lebih anjal.

“Pastinya menarik untuk disaksikan sebelum jendela perpindahan ditutup mengenai masa depan Branthwaite dan Dominic Calvert-Lewin. Mereka mungkin perlu menurunkan harga Branthwaite untuk memudahkan mereka mendapat pembeli,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI