fbpx

Enam Ahli Perlimen Bersatu berhak ke mahkamah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid (kiri) ketika lawatan kerja di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. -Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhak menggunakan saluran mahkamah susulan keputusan tiada pengosongan kerusi enam bekas Ahli Parlimen parti itu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, setiap rakyat Malaysia mempunyai saluran yang boleh digunakan termasuk mahkamah.

“Kalau melihat kepada Perlembagaan, keputusan speaker dalam hal-hal yang berhubung dengan dewan adalah muktamad.

“Bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia siapa-siapa jugalah, ada saluran lain. Saluran lain itu ialah mahkamah,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja ke Dewan Negeri Perak di sini hari ini.

Pada 10 Julai lalu, Bersatu memaklumkan bahawa Johari memutuskan enam bekas ahlinya kekal sebagai wakil rakyat dan tidak berlaku kekosongan kerusi Parlimen.

Sementara itu, beliau tidak menolak sekiranya isu berkaitan Akta Anti Lompat Parti (Akta A1663) akan disentuh semasa Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia 2024 di Sarawak pada 11 hingga 14 September depan.

Katanya, walaupun perkara tersebut tiada dalam agenda persidangan, namun tiada halangan untuk speaker-speaker membincangkannya.

“Ya mungkin akan ada soalan itu walaupun ia tidak ada agenda sebenarnya. Tetapi ianya tidak menghalang untuk speaker bertanya supaya berlaku pemahaman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI