fbpx

Elok anak Rizal makan sayur, anak kita macam bagi makan bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara koleksi video Rina menikmati menu berasaskan sayur.

PETALING JAYA – Anak kepada pasangan pempengaruh Maryam You Narae dan Rizal Ibrahim iaitu Rina mencuri tumpuan orang ramai dengan gelagat comelnya ketika menikmati hidangan yang diberikan ibunya sambil memberi reaksi wajah penuh teruja.

Maryam atau lebih mesra dengan panggilan Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video Rina sewaktu sedang menjamu selera dan menu yang disediakan juga mengikut plan makanan seimbang

Lebih menarik apabila kanak-kanak itu dilihat sangat menggemari sayur dimana berbeza dengan anak-anak sebayanya yang lain.

“Elok anak Rizal makan sayur, anak kau (Nur Jihan) nak bagi makan sayur dah macam nak bagi makan bom takut dia,” kata Shahrul Shah Neyzam di ruangan komen video yang dimuat naik di Facebook Duriankimchi baru-baru ini.

Sementara itu, pengguna Facebook, Farah Azirahman turut mengakui anak-anaknya juga tidak gemar makan sayur sedangakn dia dan suami amat menggemari lauk tersebut.

“Kenapa yang kadang terfikir juga, kita jenis penggemar sayur, memang tunjuk pada anak-anak kita malan sayur. Sampai pada mereka (anak-anak) macam nak bagi makan racun terutama sayur yang berdaun hijau,” kongsinya.

Kata wanita itu, semasa bayi dia memberikan anak-anaknya menu yang bercampur dengan sayur dan boleh dimakan dengan baik, namun meningkat ke alam kanak-kanak, makanan tersebut seperti sudah menjadi musuh kepada mereka.

Seorang lagi pengguna Facebook memaklumkan anaknya juga berdepan masalah sama sehingga sanggup memuntahkan semula makanan sekiranya tergigit sayur.

“Anak saya, daun bawang, daun sup (sekecil) pun kalau masuk mulut, dia muntahkan balik,” katanya.

Bagaimanapun, rata-ratanya pengikut pasangan pempengaruh itu memuji cara didikan mereka terhadap Rina kerana berjaya mengajar kanak-kanak itu makan sayur.

Rina bukan sahaja makan timun, malah si kecil comel itu juga berselera menikmati lobak merah, brokoli, lobak putih, salad serta pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran yang lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI