fbpx

Dua maut kereta Perodua Kancil bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan dua mangsa tersepit dalam nahas di Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang, Gopeng pada malam tadi. - Foto IHSAN JBPM

GOPENG – Dua lelaki masing-masing berusia 58 dan 62 tahun maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah lori dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang di sini pada pukul 9.48 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kemalangan sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.48 malam sebelum tiba lapan minit kemudian.

“Didapati, dua mangsa tersepit tersepit di dalam kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka. Komander operasi mengarahkan anggota menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa itu.

“Kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan sementara pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI