fbpx

‘Ditawar RM60,000 untuk teman VVIP makan sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Rose ditawarkan bayaran lumayan RM60,000 untuk menemani golongan kenamaan menikmati juadah di tempat eksklusif.

PETALING JAYA – Pelakon dan pempengaruh media sosial, Sharifah Rose mendedahkan pernah menerima tawaran berjumlah RM60,000 sebagai ‘peneman’ golongan kenamaan atau VVIP.

Menurut Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira, 25, berkata, bayaran mewah tersebut ditawarkan kepadanya untuk menemani golongan kenamaan makan.

“Saya pernah dapat mesej dengan menawarkan RM60,000 hanya untuk teman makan sahaja.

“Tapi saya fikir agak mengarutlah nak teman makan sahaja ditambah pula tidak mengenali individu yang perlu ditemani itu,” katanya.

Tambah pelakon drama rantaian, Kekasih Hati Mr. Bodyguard itu, sikapnya yang introvert juga antara sebab dia menolak untuk menerima tawaran tersebut.

Selain menemani makan, dia juga pernah diajak untuk bercuti oleh individu tidak dikenali dalam Instagram.

“Saya jenis introvert, jadi saya rasa macam bahaya dan tak mahu pergi.

“Teman makan, teman pergi bercuti tapi saya tidak pernah balas pun. Tetapi yang membuat tawaran itu adalah seorang perempuan.

“Kadang-kadang kita tak tahu dengan siapa kita berkawan. Muka nampak baik tapi macam itulah kejadiannya,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah Liyana juga pernah menjadi sasaran seorang wanita yang menyamar sebagai Nadia Brian menawarkannya menjadi ‘peneman’ golongan VIP dengan bayaran lumayan RM15,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI