fbpx

Calon KSN baharu akan diumum dalam masa terdekat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyantuni warga penjawat awam selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Warga JPM di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Nama Ketua Setiausaha Negara (KSN) baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohd. Zuki Ali yang dijangka tamat kontrak pada Sabtu ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, calon pengganti Mohd. Zuki belum lagi dimuktamadkan selepas kontrak beliau berakhir Sabtu ini.

“Tidak (nama pengganti belum ada), pengganti KSN akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Anwar memberi bayangan untuk memberikan tugas lain kepada Mohd. Zuki selepas persaraannya dalam perkhidmatan awam kelak.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan tugasan yang akan diberikan dalam usaha membantu kerajaan dalam menjayakan agenda Malaysia Madani.

“Ini merupakan perhimpunan terakhir beliau (Mohd. Zuki) sebagai KSN, mahu kata bersara tidak juga kerana ada tugas-tugas penting yang lain, tapi (bersara) daripada perkhidmatan awam.

“Saya tentunya kehilangan seorang pendamping yang penting dalam perkhidamtan awam, tapi beliau telah berjanji untuk membantu apa saja diperlukan bagi menjayakan negara Madani ini,” kata beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI