fbpx

Belum ada keputusan bawa pulang Malbatt 850-11 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEREMBAN – Kementerian Luar belum membuat sebarang keputusan untuk membawa pulang Batalion Malaysia 850-11 (Malbatt 850-11) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan, susulan kebimbangan terhadap konflik di Asia Barat.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan malah menjelaskan, pasukan Malbatt 850-11 adalah di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kalau mahu buat sendiri susah sebab ini perjanjian kita dengan PBB dan merekalah akan yang menguruskan sama ada kita berundur atau bawa keluar.

“Setakat pagi ini belum ada keputusan daripada PBB ataupun pasukan pengaman. Bagaimanapun saya sentiasa berhubung pihak kedutaan di sana dan berhubung rakan sejawat saya di Kementerian Pertahanan.

“Apa jua dilakukan kita akan bekerjasama supaya urusan pengunduran dapat dibuat sebaik mungkin. Di Lubnan lain sikit kerana diuruskan PBB,” katanya kepada pemberita di Wisma Negeri di sini hari ini.

Mohamad berkata, beliau juga telah berhubung dengan pejabat Wisma Putra untuk melihat tindakan selanjutnya mengenai perkara itu.

“Amaran perjalanan telahpun kita keluarkan. Di Lubnan, rakyat Malaysia tak ramai, yang ramai di situ 880 orang sahaja dan sebahagian besarnya 860 orang adalah merupakan anggota tentera kita yang menjadi sebahagian anggota pengaman PBB Malbatt 850-11,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI