fbpx

Australia tingkatkan tahap ancaman keganasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG RAMAI memasuki Stesen Flinders Street di Melbourne ketika Australia meningkatkan ancaman keganasan hari ini. – AFP

CANBERRA – Canberra hari ini meningkatkan tahap ancaman keganasannya daripada ‘mungkin’ kepada ‘berkemungkinan besar’ dengan pegawai-pegawai perisikan tertinggi Australia memetik peningkatan dalam ‘ideologi melampau’ di tanah air.

Ketua perisikan Mike Burgess berkata,  tiada tanda-tanda ‘serangan akan berlaku’ tetapi terdapat peningkatan ancaman keganasan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Persekitaran keselamatan Australia merosot, menjadi lebih tidak menentu dan sukar  untuk diramalkan.

“Anda telah mendengar saya berkali-kali berkata bahawa pengintipan dan campur tangan asing adalah kebimbangan keselamatan utama kami. Bagaimanapun risikan mendapati  ini tidak lagi tepat.

“Keganasan bermotifkan politik kini menyertai pengintipan dan campur tangan asing sebagai kebimbangan keselamatan utama kami,” katanya kepada pemberita.

Burgess yang merupakan  ketua Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia menambah, lebih ramai rakyat Australia menjadi radikal  dan negara itu sedang memerangi ‘lonjakan dalam polarisasi politik’.

Awal tahun ini, seorang suspek berusia 16 tahun menikam seorang biskup Kristian Assyria semasa upacara keagamaan sebuah di Sydney dalam kejadian yang disifatkan polis sebagai tindakan ‘keganasan’ bermotifkan agama. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI