fbpx

Wahai Perdana Menteri, bantulah negara yang ditindas – Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika menyampaikan pidato pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat satu tatacara dunia baharu.

Mohamad memohon perkara itu ketika menyampaikan pidato pada Himpunan Pembebas Palestin yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.

“Wahai Perdana Menteri yang ku kasihi. Namamu begitu harum di seluruh dunia, kamu berupaya membuat satu tatacara baharu di dunia.

“Rapatlah dengan negara-negara Islam yang iktiraf Israel tapi ajak mereka putus hubungan dengan Israel,” katanya.

Menurut Mohamad, Anwar mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian apabila berjaya memulihkan ekonomi Malaysia tidak sampai dua tahun.

“Bantulah negara-negara yang bermusuh dengan Israel. Sebarang tindakan dari Israel jangan bimbang kerana Malaysia menerima sokongan dari rakyat Eropah,”

Himpunan yang bermula dari pukul 6 petang tadi adalah untuk menghantar mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan kekejaman berterusan rejim zionis.

Antara program yang diatur ialah Pidato Solidariti Palestin, solat maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI