KUALA LUMPUR – Meskipun sudah berumah tangga, pelakon Datin Seri Maria Farida mendedahkan masih menerima gangguan nakal daripada lelaki yang lebih muda.
Maria atau nama penuhnya Maria Farida Atienza, 55, berkata, sebagai seorang isteri, dia tidak tergugat dengan segala gangguan tersebut sebaliknya masih setia bersama suami tercinta iaitu Datuk Seri Rahman Sakur.
“Selalu juga diganggu dan memang ramai lelaki yang mencuba nasib menerusi platform media sosial.
“Namun saya masih bahagia dengan rumah tangga dan apa yang tawarkan langsung tak sama dengan apa yang suami berikan.
“Saya bahagia dan tak perlukan semua itu,” katanya kepada Kosmo! Online.
Katanya lagi, dia tidak membalas apatah lagi melayan segala usikan nakal tersebut kerana berasakan perkara tersebut yang dianggap sebagai satu gurauan.
“Saya abaikan sahaja semua itu dan sudah biasa dengan gangguan sebegitu.
“Biasalah, mereka nak ajak ‘dating’, kahwin dan saya hanya gelak sahaja baca semua itu,” ujarnya.
Untuk rekod, Maria mendirikan rumah tangga dengan Rahman pada November 2015 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum perkahwinan dengan Rahman, Maria pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Terdahulu, penampilan pelakon drama Astana Idaman itu kerap menjadi bualan ramai dan digelar ‘vampire’ kerana wajah yang tidak dimamah usia. – KOSMO! ONLINE