fbpx

SPR terima pemakluman rasmi kekosongan luar jangka DUN Mahkota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Mohd. Puad Zarkashi berhubung kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ia berikutan kematian penyandangnya Allayarhamah Datuk Sharifah Azizah Datuk Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, berdasarkan Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, Bahagian Kedua, Fasal (5) Perkara 23,
kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari SPR menerima pemakluman berlakunya kekosongan tersebut.

“Sehubungan itu, satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Mahkota akan diadakan pada 13 Ogos bagi membincangkan pelaksanaan PRK tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu,” katanya hari ini.

Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak 1993 merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Johor selain memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

“Sebelum itu, Sharifah Azizah adalah ADUN Penawar dari 2018 hingga 2022.

Beliau adalah anak kepada Allahyarham Datuk Syed Zain Idrus Shahab Al-Haj yang merupakan bekas Speaker DUN Johor paling lama berkhidmat, iaitu dari 1978 hingga 1990. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI