fbpx

‘Semua pemimpin UMNO perlu ukur baju di badan sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika meletakkan keris pada logo UMNO sebagai simbolik merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Raja, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

KLANG – Semua pemimpin dan akar umbi UMNO perlu ‘mengukur baju di badan sendiri’ apabila kerajaan dibentuk ketika ini bukan berasaskan daripada parti yang tunggal.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini merupakan realiti politik yang terpaksa didepani dan menjadi trend di seluruh dunia dengan lebih 70 buah negara ketika ini merupakan kerajaan campuran atau perpaduan.

“Ini adalah hakikat dan realiti politik baharu apabila 30 ( Ahli Parlimen Barisan Nasional ) dihargai sumbangan oleh Perdana Menteri (PM) sehingga ada tujuh orang (daripada UMNO) menjadi Menteri dan enam timbalan.

“DAP yang lebih (kerusi dalam Parlimen namun), mereka hanya ada lima menteri ertinya PM memberi penghargaan kepada kita. Janganlah, kita yang berada di akar umbi menganggap seolah-olah kita dominan, mempunyai kuasa untuk melayani semua permintaan untuk mengikut kemunasabahan terdahulu bukan sekarang,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Raja di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang merupakan Timbalan Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa UMNO juga perlu merubah budaya, pemikiran, sikap dan daya kerja lama agar parti terus relevan dalam arus perdana.

Ujarnya, ini termasuk dalam menguasai soal sentimen dan isu seperti dikuasai parti-parti lain.

“Dahulu pendekatan kita dalam UMNO adalah dua iaitu politik pembangunan dan perkhidmatan. Kita berikan pelbagai perkara dalam pelaburan asing langsung dan pendapatan dalam negeri.

“Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kita berikan juga peruntukan pembangunan dan perkhidmatan. Parti-parti yang berjaya di negara kita mereka tidak pernah pun memberikan perkhidmatan sebaik kita atau tidak pun membawa pembangunan di kawasan diwakili. Ini kerana memainkan dua isu iaitu soal sentimen dan isu sangat dekat rakyat,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan dalam situasi tersebut UMNO perlu menjadikannya sebagai ‘wake up call’ dengan mendekati mereka di luar parti atau golongan atas pagar.

“Ahli UMNO sahaja tidak cukup untuk menangkan calon BN kerana di luar sana masih ramai bukan ahli dan tidak minat menyertai mana-mana parti akan swing berdasarkan isu dan sentimen,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI