fbpx

‘Saya belum cukup gila senarai Faisal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL (tiga dari kanan) disenaraikan di bangku simpanan menentang TFC. - MUHAMAD IQBAL ROSL

PENGENDALI Selangor, Nidzam Jamil ada alasan kukuh dan mempertahankan keputusannya menyenaraikan Faisal Halim dalam skuad 20 pemain untuk aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam.

Mengambil kira perlawanan penting, Nidzam menegaskan beliau belum cukup gila untuk menyenaraikan pemain tidak cergas hanya sekadar memenuhi tuntutan ‘perang psikologi’.

“Ada dua alasan saya senaraikannya di bangku simpanan. Satunya, Mukhairi Ajmal tidak dapat bermain, kita tidak ada pemain di bahagian kiri dan keduanya saya merasakan dia sepatutnya berada dalam senarai 20 pemain kerana sudah jalani latihan penuh dua minggu.

“Saya tidak cukup gila letak pemain yang tidak boleh main dalam senarai pasukan. Dia sudah berlatih, doktor dan pihak fisioterapi sudah benarkan tetapi sudah pastilah ada risikonya.

“Pemain sihat pun ada risiko, contohnya Alex (Agyarkwa), dia lama tidak bermain kompetitif, namun dia bermain baik. Inilah keputusan yang harus dibuat oleh seorang jurulatih, saya ambil risiko untuk meletakkan dia (Faisal) dalam 20 pemain dan saya rasa berbaloi,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, kemenangan 4-1 ke atas TFC memastikan Selangor mara ke final menerusi kejayaan 6-4 secara agregat.

Ketua pasukan Selangor, Safuwan Baharudin tampil dengan aksi luar biasa apabila merakam hatrik diikuti satu gol daripada Reziq Bani Hani, manakala jaringan tunggal TFC dijaringkan oleh Ismaheel Akinade.

“Saya ada bercakap mengenai persepsi dan kalau baca semuanya, saya rasa air liur pun boleh terkeluar. Saya tidak peduli mengenai persepsi dan hari ini (kelmarin) pun anak saya datang sebab ada kawan-kawan dia di sekolah katakan ayah kamu akan dipecat,” tambah Nidzam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI