fbpx

‘Ratu’ mahkamah dah penat berperang, bukan manusia kejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah terbuka mempertimbangkan cadangan pegawai mediasi agar menyelesaikan kes saman secara baik.

“BAGAIKAN dejavu.” Itu ungkapan yang meluncur laju dari bibir pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana saat kembali menjejakkan kaki ke mahkamah selepas setahun menuntut keadilan.

Jika sebelum ini ibu tunggal dua anak itu berulang-alik ke mahkamah untuk menyelesaikan isu rumahtangganya bersama sutradara Syamsul Yusof, kali ini dia menyaman bekas pekerjanya yang dikenali sebagai Nazatul Nazira atas dakwaan memfitnah dan pecah amanah.

Puteri Sarah dan mahkamah berpisah tiada. Itu antara kata-kata yang dilemparkan netizen kepadanya.

Menyedari ada pihak mendakwa dirinya gemar menjadikan mahkamah sebagai ‘taman permainan’, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menegaskan dia bukan suka-suka naik turun mahkamah.

“Kes pecah amanah adalah isu serius kerana melibatkan wang syarikat. Fitnah yang dilemparkan kepada saya juga menjejaskan reputasi saya dan perniagaan. Hubungan baik saya dengan rakan niaga iaitu Andi Arsyil turut terjejas gara-gara fitnah yang dibuatnya.

“Kalau ikutkan saya mahu hidup tenang. Hidup ini singkat, saya enggan diselubungi tekanan. Pengalaman lalu telah mematangkan saya.

“Namun, apabila pihak sana berkeras untuk bawa kes ini ke mahkamah, jadi saya ikut sahaja,” katanya ketika ditemui pada sesi mediasi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukan manusia kejam

Pelakon drama Polis Peronda itu pada awalnya dilihat nekad untuk meneruskan kes saman sebelum sesi mediasi bermula.

Namun, dia terbuka untuk menerima cadangan solusi yang dikemukakan oleh pegawai bertugas usai sesi mediasi bersama kedua-dua pihak.

“Cadangan yang diberikan oleh pegawai mediasi agak baik. Saya akan pertimbangkan. Saya pun dah penat nak hadap semua ini.

“Kalau kita boleh selesaikan secara baik, buat apa nak buang masa dan tenaga naik turun mahkamah.
“Saya bukanlah seorang yang kejam seperti diperkatakan netizen yang kononnya saya tak habis-habis nak saman menyaman. Jujur, saya tidak mahu perkara ini diperbesar-besarkan. Tetapi pihak sana yang tidak mencari saya untuk berdamai sebaliknya terus buat kenyataan dalam sebuah program hiburan.

Kembali berperang

Disebabkan gagal capai kata sepakat, sesi mediasi tersebut dilanjutkan untuk sesi kedua yang akan berlangsung pada 25 September depan.

Bagaimapun, belum sesi berikutnya bermula masing-masing dilihat kembali ‘berperang’ dalam akaun media sosial.

“Waktu sesi mediasi tak nak cakap semua. Tiba-tiba dalam Instagram Story nak meroyan.

“Kelakarlah awak ni. Bila banyak sangat bercakap inilah jadinya.

“Teknik pemasaran menjadi bila cipta kontroversi. Jumlah pengikut media sosial juga meningkat,” tulis Sarah dalam Instagram Story.

Jika sesi mediasi kedua menemui jalan buntu, Nazatul bakal berdepan saman sebanyak RM1 juta kerana memfitnah dan pecah amanah. Dia juga telah memfailkan saman balas terhadap Puteri Sarah pada Jun lalu kerana men

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI