fbpx

‘Pilihan saya lelaki tinggi, sopan-santun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NISHA, penuntut Ijazah Sarjana Muda Bioperubatan MSU.

Gadis Pesona Ahad ming­gu ini, Nazatul Anisha Azhar, 22, atau mesra dipanggil Nisha pernah tular di platform X selepas berkongsi kisah dirinya me­nerima nota dan duit belanja RM100 daripada abangnya empat tahun lalu.

Video yang dikongsi semata-mata mahu mengikut trend berjaya merekodkan 22,000 tontonan pada waktu itu.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Bioperubatan ini sekali lagi tular selepas berkongsi video dirinya bekerja di sebuah francais. Kepada Kosmo! Ahad, Nisha bercerita mengenai dirinya yang gemar melukis dan teliti dalam memilih jodoh.

KOSMO! AHAD: Ceritakan tentang diri anda?
NISHA: Penuntut Management & Science University (MSU), Shah Alam dan aktif dalam pelbagai aktiviti dan persatuan di universiti selain menjadi model mempromosi kursus perubatan di institusi pengajian.

Nisha pernah popular di X, bagaimana ia berlaku?
Semuanya kerana content menunjukkan kegembiraan seorang adik menerima duit belanja daripada abang dan sehingga kini saya masih simpan duit itu.
Video berkenaan tular kerana ketika itu tengah sohor pengguna media sosial berkongsi kisah adik-beradik yang sangat spor­ting dan baik hati.
Ramai yang cemburu dan tidak kurang juga mencuba mahu menjadi kakak ipar saya.

Lagi satu, saya kembali sohor apabila video perkongsian bekerja di francais aiskrim sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ramai memuji kecomelan saya memakai apron dan mempromosikan jualan kedai berkenaan.
Kenangan manis itu menjadi pencetus kepada saya untuk te­rus bergiat aktif membuat pos­ting. Pasca pandemik Covid-19, saya aktif di Tik Tok dan terdapat video mendapat engagement lebih 100,000.

NISHA gemar melukis, anak ketiga daripada empat beradik.

Komen nakal diterima?
Aktif di media sosial bukan untuk mencari ganjaran, ia cuma platform berkongsi minat dan momen indah. Ada komen nakal menuduh saya memiliki dagu runcing hasil pembedahan dan itu cabaran menjadi pengguna media sosial. Apa yang anda lihat, wajah saya adalah yang ‘original’.

Impak video tular?
Sangat besar, membina keyakinan untuk saya menjadi pemimpin pelajar di universiti. Tawaran menjadi model busana muslimah turut diterima selagi tidak mengganggu waktu belajar.

Bakat terpendam dimiliki?
Suka melukis kerana ia memberi ketenangan dan menjadikan insan yang lebih fokus dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Ia menjadi ruang ‘escapism’ daripada masalah seharian.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Lelaki yang tinggi, cakap dengan sopan dan menghormati orang tua. Apa pun soal jodoh tidak boleh dibuat main, perlu teliti.

Pegangan hidup Nisha?
Jika kita ingin berjaya lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Bulatkan tekad dalam diri untuk mencapai sesuatu. Sentiasa yakin dan positif dengan segala usaha, pasti membuahkan hasil yang diinginkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI