fbpx

Piala FA: Semangat KDA ke final belum pudar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDA berdepan tugas berat untuk memburu gol dan mempertahankan gawang daripada dibocori pada aksi menentang JDT di tempat lawan. - FB KDA FC

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) mempunyai alasan kukuh untuk terus bercita-cita besar cipta kejutan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) di separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam ini.

Walaupun tewas 1-2 pada perlawanan pertama dan menyedari tuan rumah memiliki kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri, seluruh pasukan KDA FC kekal positif memandangkan kedua-dua hanya dipisahkan satu gol.

Cita-cita mara ke final tidak pernah padam dan kini percaturan pengendali KDA FC, Nafuzi Zain seakan lebih menjurus kepada elemen sentuhan penyudah yang dilihat masih lagi tumpul.

“Hanya pemain yang tahu kerana mereka berada dalam padang, tetapi kalau kita beri ruang, jika lawan mempunyai penyerang yang baik dia boleh lepas. Hanya satu kesilapan kecil kita boleh dihukum.

“Kita tahu bahagian yang perlu ditingkatkan adalah jentera serangan kerana dari segi permainan kita tidak ada masalah. Kita kena baiki lagi untuk hadapi Piala FA dan paling penting bagi penyerang adalah mendapatkan kedudukan terbaik untuk hasilkan jaringan,” katanya.

Benteng pertahanan juga pastinya menjadi perkara utama yang dititikberatkan oleh Nafuzi memandangkan JDT memiliki ramai pemain yang mempunyai naluri pemusnah khususnya Romel Morales yang kini sudah meledak lima gol dalam kempen Piala FA.

Dalam masa sama, Nafuzi mahu pemain tampil dengan sikap lebih serius memandangkan pasukannya sering bolos di hujung permainan termasuk dikecewakan dengan keputusan seri 1-1 menentang Kuching City, 26 Julai lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI