fbpx

Piala FA: JDT masuk final bertemu Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjaga gol KDA FC Kalamullah Al Hafiz bekerja keras mengawal pintu gol dari diasak penyerang JDT pada perlawanan kedua separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA setelah menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan agregat 5-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara kedua-dua pasukan itu di Stadium Darulaman, 19 Julai lalu, JDT berjaya menjaringkan dua gol sekaligus menewaskan KDA FC dengan jaringan 2-1.

Pada perlawanan separuh akhir kedua malam ini, skuad Harimau Selatan bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua untuk mendapatkan jaringan pertama mereka dalam perlawanan itu.

Tembok pertahanan itu berjaya diruntuhkan pada minit ke-50 apabila Feroz Baharudin berjaya menyempurnakan hantaran dari Matthew Davies menjadikan kedudukan 1-0.

Serangan demi serangan terus dibuat Harimau Selatan namun masih gagal menggandakan jaringan sehingga minit ke-74 apabila Bergson berjaya menanduk bola melepasi jangkauan Kalamullah Mat Rowi hasil sepakan penjuru Oscar Arribas menjadikan kedudukan 2-0.

Kerja keras JDT berbaloi apabila Juan Muniz Gallego pula berjaya mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-82 menjadikan kedudukan 3-0.

Kedudukan 3-0 itu kekal sehingga tamat 90 minit masa permainan.

JDT bakal bertemu Selangor FC pada perlawanan akhir Piala FA setelah skuad Red Giants itu berjaya menewaskan Terengganu FC dengan agregat 6-4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI