fbpx

Perairan Kuala Perlis kembali cetek, 52 jadual feri diubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan paras laut yang cetek di kawasan Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis, baru-baru ini. Foto FERRY LINE VENTURES SDN. BHD.

LANGKAWI – Kawasan perairan Kuala Perlis yang kembali cetek mengakibatkan waktu pelayaran feri ke Langkawi terpaksa diubah mengikut keadaan paras laut demi keselamatan penumpang dan feri.

Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, jadual pelayaran feri akan diawal atau dilewatkan bermula Rabu hingga 31 Ogos ini.

“Kawasan perairan dekat Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis kembali cetek dan kedalaman air laut untuk feri berlayar dinaikkan daripada 1.2 kepada 1.4 meter demi keselamatan penumpang dan feri,” katanya, di sini hari ini.

Katanya, pindaan pada jadual pelayaran itu juga bagi mengelakkan feri mengalami kerosakan akibat tersangkut pada lumpur di kawasan alur pelayaran cetek.

Menurutnya, sebanyak 52 perjalanan bagi laluan Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi dipinda dengan pemakluman akan dihebahkan menerusi e-mel dan khidmat pesanan ringkas kepada penumpang yang membuat pembelian secara dalam talian.

“Bagi mereka yang membuat pembelian di kaunter, pemakluman dibuat menerusi akaun Facebook Cuti Cuti Langkawi,” ujarnya.

Tambahnya, penukaran tarikh bagi penumpang yang membuat belian secara dalam talian boleh berhubung dengan Pusat Khidmat Pelanggan Cuti Cuti Langkawi di talian 012-732 7174, manakala penumpang yang membuat pembelian di kaunter boleh terus ke kaunter.

Difahamkan, aktiviti pengerukan di kawasan yang mempunyai mendapan lumpur akan dilakukan pada bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI