fbpx

Penjawat awam wajib buat pemeriksaan kesihatan cegah obesiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerajaan (Cuepacs) mencadangkan agar penjawat awam diwajibkan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mereka yang obesiti dan berusia 40 tahun ke atas.

Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, selain itu, program kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) boleh dilakukan bagi mengawal dan memantau penjawat awam yang mempunyai masalah kegemukan.

“Objektif khusus program ini adalah untuk mengenal pasti kumpulan penjawat awam berisiko dan faktor penyumbang masalah itu kemudian disusuli dengan program intervensi.

“Hanya peserta yang menunjukkan penurunan positif sahaja boleh dibebaskan daripada program intervensi tetapi perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengelakkan masalah kembali berulang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan sebanyak 54.4 peratus rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan.

Rekod itu meningkat tiga peratus berbanding 50.1 peratus pada 2019 melibatkan semua rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Justeru, Adnan berkata, isu kesihatan itu perlu diambil perhatian lebih serius oleh semua pihak dan ia tidak sepatutnya dinormalisasikan.

“Masalah ini bukan melibatkan penjawat awam sahaja. Obesiti dan berlebihan berat badan adalah faktor risiko kepada diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan sakit jantung.

“Cuepacs melihat masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam lebih kepada tabiat pemakanan dan juga gaya hidup individu tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI