fbpx

Pakat terbeliak tengok perut Aisha Retno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISHA Retno nampak daring dan seksi dengan busana mendedahkan perut baru-baru ini.

TERKEJUT tetapi itulah perasaan yang menghantui Diva apabila melihat busana digayakan penyanyi Aisha Retno pada sebuah acara fesyen baru-baru ini.

Mana tidaknya, pada acara tersebut, Aisha tampil berani berbusana mendedahkan bahagian perutnya.

Bukan sedikit tetapi memang singkat betul bajunya.

Terbeliak jugalah mata sebab sebelum ini Aisha tidak pernah pula memakai baju yang mencolok mata sebegitu.

Diva cuba juga bersangka baik, mungkin dia hanya mengikut tema dan memakai baju tersebut atas permintaan pereka fesyen acara tersebut.

Malas juga nak tegur atau cakap banyak sebab nanti Diva juga kena tuduh kolot atau suka membesar-besarkan cerita.

Harap tidak berlaku lagilah Aisha, boleh sahaja berfesyen tanpa memakai busana terdedah sebegitu. Risau perkara sebegini memakan diri, kerjaya Aisha pun sekarang semakin mencanak. Harap Aisha kekalkan imej yang baik dan positif ya.

DIVA: Sehingga hari ini masih belum terjawab siapa pelakon lelaki pukul kekasih pada bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI