fbpx

Olimpik Paris: Zii Jia waspada ancaman ‘giant killer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA berjaya menumbangkan Antonsen straight-set pada aksi suku akhir awal pagi semalam untuk menempah slot kelompok empat terbaik. - OCM

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kini menjadi harapan rakyat Malaysia untuk membutirkan pingat emas di Sukan Olimpik Paris selepas dua beregu negara tumpas di pentas separuh akhir kelmarin.

Zii Jia ketika ini dalam momentum cukup baik apabila bekas juara Asia dan All England itu meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas menyingkirkan pemain No. 3 dunia dari Denmark, Anders Antonsen dengan kemenangan straight-set 21-17, 21-15 dalam tempoh 53 minit.

Bagaimanapun, Zii Jia mengakui dia perlu melakukan persiapan lebih rapi kerana kerana menantinya di separuh akhir nanti adalah juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang mengejutkan pemain No. 1 dunia dari China, Shi Yuqi menerusi kemenangan mudah 21-12, 21-10.

Pertembungan tersebut dijangka sengit kerana Zii Jia dan Kunlavut terikat 4-4 berdasarkan rekod pertemuan, tetapi Kunlavut menang 21-16, 21-17 dalam aksi terakhir antara mereka ketika Terbuka Indonesia, Jun lalu.

“Rekod pertemuan saya dengan Kunlavut tidak berapa baik, dia adalah juara dunia (2023). Jadi, saya perlu buat persiapan terbaik.

“Dia juga telah menewaskan pemain pilihan utama (Yu Qi). Jadi, sudah tentu dia berada pada tahap terbaiknya malah mempunyai keyakinan tinggi.

“Kita tahu Kunlavut adalah pemain rali dan akan menjadi perlawanan rali panjang. Saya harap dapat membuat persediaan mental lebih baik nanti.

“Apapun, saya gembira dengan prestasi saya dan kejayaan melangkah ke pentas separuh akhir terutama dapat bermain dengan tenang dalam perlawanan tersebut,” katanya.

Kali terakhir wakil perseorangan lelaki negara berjaya melangkah ke pentas final di Sukan Olimpik adalah menerusi Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2016 di Rio de Janeiro.

Namun, harapan rakyat Malaysia untuk melihat Chong Wei untuk menuai emas tidak kesampaian apabila sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas di tangan pemain China, Chen Long 18-21, 18-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI