fbpx

Olimpik Paris: ‘Dewi badminton’ Jepun tamat penantian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIDA (kanan) dan Matsuyama menepati ramalan meraiah pingat gangsa beregu wanita selepas menewaskan Pearly-Thinaah semalam. - AFP

PARIS – Beregu wanita sensasi Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida menutup penampilan Sukan Olimpik pertama mereka dengan kejayaan meraih pingat gangsa pada edisi Paris kali ini.

Matsuyama dan Shida yang dianggap antara pemain tercantik dalam arena badminton dunia, menaiki podium itu selepas menewaskan beregu Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah 21-11, 21-11 pada penentuan tempat ketiga di Porte de La Chapelle Arena semalam.

Shida, 27, gembira dengan kejayaan itu kerana ia secara tidak langsung menebus kekecewaan mereka gagal ke final selepas tewas kepada 16-21, 19-21 kepada pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning di separuh akhir sebelum ini.

Sheng Shu-Tan Ning muncul naib juara selepas tewas 20-22, 15-21 kepada rakan senegara, Chen Qingchen-Jia Yifan yang memenangi pingat emas pada final kelmarin.

“Sama ada kami menang atau kalah, ini akan tetap menjadi perlawanan terakhir kami di sini. Oleh sebab itu kami mahu jadikan ia satu perlawanan yang akan diingati.

“Ia bukan mudah kerana pihak lawan juga mahukan kejayaan yang sama. Cumanya kami tidak berputus asa, beri aksi terbaik dan kejar setiap bulu tangkis dalam perlawanan ini,” kata Shida.

Matsuyama, 26, turut menarik nafas lega kerana akhirnya berjaya merealisasikan impian meraih pingat di pentas tertinggi selepas pernah terkandas di peringkat separuh akhir Kejohanan Dunia sebelum ini.

Sebagai rekod, kejayaan Matsuyama-Shida menyaksikan Jepun meraih gangsa kedua acara badminton pada edisi kali ini selepas terdahulu dimenangi beregu campuran, Yuta Watanabe-Arisa Higashino. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI