fbpx

Olimpik Paris: Bekas akademi PSV raih dua emas basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVENEPOEL menjadi pelumba berbasikal lelaki pertama berjaya memenangi dua pingat emas dalam satu edisi Olimpik. - AFP

PARIS – Pelumba Belgium, Remco Evenepoel mencipta sejarah baharu di pentas Sukan Olimpik selepas meraih pingat emas keduanya di Paris kali ini menerusi kejayaan dalam acara lebuh raya lelaki awal pagi semalam.

Evenepoel, 24, yang sebelum ini menjuarai acara ujian masa individu, kini menjadi pelumba berbasikal lelaki pertama berjaya memenangi emas berganda dalam satu edisi Olimpik.

Hanya pelumba wanita Belanda, Leontien Zijlaard pernah melakukan sejarah hebat itu ketika memenangi dua pingat emas sewaktu edisi Sydney 2000 di Australia.

Ia membuktikan pengorbanan Evenepoel memilih sukan berbasikal berbaloi memandangkan dia pernah bermain dalam satu akademi sama dengan bintang Liverpool, Cody Gakpo di PSV Eindhoven ketika berusia 11 tahun.

Bagaimanapun, kejayaan Evenepoel tidak hadir dengan mudah apabila pelumba pasukan Deceuninck–Quick-Step itu berdepan detik dramatik apabila tayar basikalnya pancit menuju ke garisan penamat yang ketika itu berbaki 3.8 kilometer (km) lagi.

“Ia saat yang sangat tertekan kerana 1km sebelum itu, (petugas) motor keselamatan yang mengekori saya memberitahu saya ada kelebihan 25 saat. Sebab itu saya berada dalam keadaan panik ketika insiden ini (tayar pancit) berlaku.

“Saya sangat berbangga dengan kejayaan ini, apatah lagi menjadi yang pertama memenangi emas berganda. Ia satu kejayaan bersejarah untuk dikongsikan bersama oleh semua rakyat Belgium,” kata Evenepoel.

Bekas juara ujian masa dunia itu menamatkan perlumbaan dengan catatan enam jam 19.34 saat, menewaskan pemenang pingat perak dari Perancis, Valentin Madouas yang merekodkan masa 6:20:45.

Pingat gangsa dimenangi seorang lagi atlet tuan rumah, Christophe Laporte yang hanya menyedari kejayaannya selepas diberitahu rakan sepasukan apabila menamatkan perlumbaan mnerusi catatan sama dengan enam lagi pelumba. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI