fbpx

Notis kekosongan kerusi DUN Mahkota diserahkan kepada SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Mahkota kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, Jumaat lalu.

Mohd. Puad menerusi satu kenyataan berkata, penyerahan notis berkenaan adalah untuk tindakan lanjut SPR.

Sharifah Azizah, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, pukul 12.32 tengah hari kelmarin.

Anak kelahiran Kluang itu merupakan Ketua Wanita UMNO Kluang sejak 1993 dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI