fbpx

MHB catat penyertaan tertinggi dalam sejarah Milo tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Milo berjaya mencungkil bakat muda dalam kejohanan futsal yang telah bermula sejak 2006.

PETALING JAYA – Nestlé (Malaysia) Berhad (Nestle) melalui jenama popularnya, Milo yang membangunkan Kejohanan futsal terbesar Malaysia, Milo Hidup Bola (MHB)  telah berjaya mencungkil dan mengasah bakat futsal dalam kalangan belia tempatan sejak tahun 2006, dengan mengutamakan semangat kesukanan dan gaya hidup aktif.

Kini, kejohanan futsal terbesar Malaysia itu  kembali buat kali ke-18 dengan acara yang lebih hebat pada tahun ini dan diadakan di diadakan di 13 negeri dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berbanding hanya enam kawasan tahun lepas. 

Pengurus Pemasaran Sukan Milo Nestle, Kerwin Lim berkata, pusingan awal yang bermula pada bulan Jun dan akan berakhir pada 24 Ogos ini.

Kejohanan ini sudah sampai ke peringkat pertengahan dengan perlawanan yang diadakan di Selangor, Sabah, Pahang, Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan.

Pertandingan akhirnya akan diadakan pada 7 September ini  di Kuala Lumpur. 

Menurut beliau, kejohanan tersebut telah disertai oleh 12,000 pemain setakat ini, iaitu angka penyertaan tertinggi dalam sejarah MHB sekali gus menunjukkan minat berterusan orang ramai terhadap sukan tersebut.

“Rakyat memberikan sambutan hebat kepada Hidup Bola dan juga menyahut seruan untuk menjadikan warga kita lebih sihat! 

“Kami sukacita untuk melihat ramai orang bersama-sama  berazam untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan menikmati kualiti kehidupan yang lebih sihat. 

“Kejohanan seperti ini memperlihatkan komitmen Milo untuk mencungkil bakat dan melahirkan bintang  futsal generasi akan datang, sambil menyemai nilai-nilai serta pengajaran penting.

“Kami benar-benar yakin bahawa setiap detik kanak-kanak menghadapi kesukaran

akan melentur mereka untuk mengharungi cabaran dengan penuh kesungguhan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Dalam usaha untuk mencungkil bakat, kejohanan ini direka untuk memberi peluang kepada pasukan dari seluruh Malaysia untuk mengambil bahagian, tidak kira di mana mereka berada. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI