fbpx

Kunlavut lebur harapan final Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEKALAHAN dialami Zii Jia di separuh akhir menandakan berakhirnya cabaran Malaysia bagi memburu pingat emas dalam sukan badminton pada Olimpik Paris. - AFP

KUALA LUMPUR – Cabaran skuad badminton negara bagi memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir selepas perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia tersingkir di pusingan separuh akhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris sebentar tadi, pemain No.7 dunia itu tewas kepada juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn menerusi aksi straight set 14-21, 15-21.

Kedua-dua pemain memiliki rekod 4-4 dalam lapan pertemuan, namun kelebihan dilihat memihak kepada Kunlavut apabila memenangi pertemuan terakhir sebelum ini pada suku akhir Terbuka Indonesia Jun lalu.

Menerusi perbezaan satu anak tangga dalam ranking dunia, Kunlavut yang menghuni ranking kelapan dunia menampilkan aksi lebih baik di set pertama apabila menguasai hampir sepenuhnya permainan menerusi pukulan-pukulan mengelirukan.

Zii Jia yang cuba mengejar pada awalnya berjaya menyamakan kedudukan 8-8, namun lawannya itu tetap tenang dan mendahului 17-12 sebelum menamatkan aksi set pertama 21-14 dalam tempoh 26 minit.

Memasuki set kedua, Vitidsarn yang meraih kemenangan pertama terus menampilkan aksi meyakinkan apabila mendahului permainan dengan perbezaan mata cukup besar 10-3 bagi meletakkan Zii Jia dalam situasi sukar.

Bagaimanapun, Zii Jia yang merupakan bekas juara Asia dan All England tidak mudah mengaku kalah apabila cuba melakukan kebangkitan dan berjaya merapatkan kedudukan 11-16, namun belum cukup untuk menghalang kemenangan Kunlavut 21-15 di set kedua.

Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu akan menantikan keputusan satu lagi aksi separuh akhir antara pemain Denmark, Viktor Axelsen dan Lakshya Sen dari India bagi mengetahui siapakah lawannya pada perlawanan penentuan pingat gangsa esok.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memiliki wakil dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki adalah menerusi legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei ketika memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI