fbpx

Keputusan penelitian kenyataan Ustaz Don diumum masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Don.

KLANG – Keputusan penelitian kenyataan bertulis pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid berhubung isu fakta kes ceramah agamanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, sesi pertemuan fizikal antara
Jawatankuasa Tauliah dan penceramah itu telah dilakukan, baru-baru ini.

“Hasilnya masih diteliti dan berada di peringkat akhir. Pengumuman rasmi tentangnya akan dibuat jawatankuasa berkenaan atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” katanya, selepas merasmikan Kempen Bulan Pembebasan Riqab 2024 di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Ustaz Don, 41, diberi tempoh selama 14 hari bagi memberi ­kenyataan bertulis susulan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan doktrin palsu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz memaklumkan MAIS memperuntukkan RM19.4 juta daripada zakat asnaf riqab bagi membantu golongan itu bagi bantuan pemulihan, rawatan dan pencegahan tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI