SEJAK terbuka berkongsi kisah cinta kepada umum, setiap perkara yang dimuat naik Riena Diana dan Keith Foo dalam media sosial pasti mengundang perhatian netizen.
Terbaharu, gelagat romantis mereka sepanjang menjalani penggambaran di luar negara baru-baru ini turut menjadi buah mulut ramai.
Semakin hari semakin hangat cinta mereka malah tidak kedekut berkongsi kepada umum dalam media sosial.
Cuma kadang-kadang Diva terfikir juga, adakah semua itu hanyalah gimik untuk drama terbaharu mereka atau memang realiti.
Iyalah, risau juga tertipu. Sudah bersungguh-sungguh sokong, tiba-tiba hanya lakonan semata-mata.
Macam-macam boleh berlaku dan menipu bercinta untuk lariskan drama bukan perkara baru dalam dunia hiburan.
Harapnya tidak terjadilah perkara sebegitu ya, sebab peminat pun sangat merestui hubungan Riena dan Keith. Semoga jodoh panjang dan naik pelamin!
DIVA: Rimas pula lihat aksi mesra Scha Elinnea dengan Jazmy Juma yang tular dalam beberapa video baru-baru ini. Kata mereka, hubungan hanya sekadar kawan.