fbpx

Jangan termakan dakyah tiada sijil akademik boleh berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mohammad Shatar (tiga dari kiri) menunjukkan buku hasil tulisannya bersama pensyarah UMK selepas Bicara Akademia di UMK Kampus Kota, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Masyarakat terutamanya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) disarankan agar tidak terpengaruh dengan dakyah yang dibawa pempengaruh media sosial yang mendakwa boleh berjaya meskipun tiada sijil akademik.

Pakar Sosial, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, penuntut IPT masih memerlukan sijil mengikut kelayakan masing-masing demi masa depan mereka.

Menurutnya, masyarakat perlu faham bahawa tonggak kejayaan sesuatu bangsa adalah berdasarkan tahap pendidikan.

“Semua pihak perlu sedar pendidikan di universiti bukan satu perkara yang boleh diandaikan secara keseluruhan, namun pelajaran di situ masih mampu diaplikasikan di dunia pekerjaaan.

“Masyarakat juga harus faham bahawa tonggak, kejayaan sesuatu bangsa adalah pendidikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Bicara Akademia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas berhubung video tular seorang penuntut universiti yang mendakwa tidak perlu ada ijazah untuk menjadi usahawan.

Mengulas lanjut, Dr. Mohammad Shatar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) memberitahu, setiap individu tidak boleh berfikir sedemikian kerana pendidikan di universiti merupakan salah satu asas dalam kehidupan.

Katanya, sebarang kedudukan jawatan yang ditawarkan di dunia pekerjaan sedikit sebanyak dikaitkan dengan kelayakan akademik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI