fbpx

‘Ini anugerah terbesar daripada Allah’ – Isteri MK lahir bayi perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri MK iaitu Hajaar selamat melahirkan bayi perempuan semalam.

PETALING JAYA – Isteri kepada penyanyi rap dan pelakon, MK iaitu Siti Hajaar selamat melahirkan seorang bayi perempuan, semalam.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, turut meluahkan rasa syukur dengan pemberian terindah dalam hidupnya dan isteri.

“Alhamdulillah ya Allah! Hari ini (semalam) 3 Ogos 2024 isteri saya (Hajaar) selamat melahirkan seorang puteri.

“Ini anugerah terbesar daripada Allah,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan itu selain mendoakan kesejahteraan bayi.

“Alhamdulillah, tahniah MK dan isteri. Semoga ibu dan bayi sihat selalu,” tutur peminat.

“Tak sabar nak tengok junior MK dan Hajaar,” ujar pengikut.

“Sungguh besar kuasa Allah. Semoga sentiasa diberi kesihatan dan sentiasa dalam lindungan-Nya,” jelas netizen.

Sebelum ini, MK memberikan bayangan dengan mengusap dan mencium perut isteri menandakan akan dikurniakan zuriat tidak lama lagi.

Khabar angin mengatakan Hajaar hamil hangat diperkatakan apabila khalayak melihat perubahan fizikal Hajaar.

Bagaimanapun pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu sudah beberapa kali mengelak daripada menjawab tentang kesahihan kehamilan isterinya.

MK dan Siti Hajaar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI