fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Pantai Timur berlarutan hingga malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca buruk dijangka melanda beberapa kawasan terutama di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga pukul 8 malam hari ini.

Menerusi laporan cuaca MetMalaysia di Facebook, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kelantan di kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang.

“Di Terengganu pula melibatkan kawasan Besut dan Setiu manakala di Pahang melanda Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan. Selain itu, di Johor melibatkan Pontian dan Johor Bahru,” lapor MetMalaysia.

Cuaca yang sama turut melanda beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau) serta Mukah.

Manakala di Sabah melibatkan bahagian Pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI