fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 8 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk melanda beberapa kawasan terutama Perlis, Kedah dan Perak sehingga pukul 10 pagi ini.

Menerusi laporan cuaca MetMalaysia di Facebook, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh Perlis dan kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda).

“Di Perak pula melibatkan Kerian, Larut, Matang, Selama, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Selangor pula, melibatkan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Selain itu, seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut menerima cuaca yang sama,” lapor MetMalaysia.

Sementara itu, Negeri Sembilan juga berdepan cuaca buruk sama di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Ribut petir turut dijangka melanda Melaka dan Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI